Rawatan kayap guna ubat di klinik (moden)
Tanda - tanda terjadi kayap
Pening kepala badan rasa lenguh letih. Selepas itu 2 hari kemudian rasa gatal pada bahagian belakang badan. Bermulalah garu mengaru, memang sedap.
Hari berikutnya naik tanda merah.
Selepas 5 hari berlalu timbul bintik-bintik merah pada badan 2 ke 3 biji. Keesokan bintik-bintik merah kelihatan makin banyak dalam bintik-bintik merah tu ada air ye, part ni tak boleh garu dah tahan je lah kalau di garu pecah makin cepat merebak. Okey lihat gambar dibawah.
Atas belakang
Hari ke - 5 hingga hari ke - 6
Bawah ketiak
Hari ke - 7
Hari ke - 7 barulah pergi klinik, sebelum bintik-bintik merah tu keluar air, pergi farmasi je tapi staf farmasi tak dapat kenalpasti penyakit apa dia pun bagi la ubat gatal. Tak tahan sangat gatal-gatal dan sakit bila terkena baju lastnya pergi klinik, setel masalah.
Gambar ubat kayap boleh tengok kat bawah sekali ye.
Gambar kat bawah ni selepas tiga hari makan ubat dan sapu krim dari klinik. Gatal-gatal berkurang dan bintik-bintik merah dah bertukar hitam dan pertumbuhan pun dah berhenti.
Bawah ketiak
Atas belakang
Selepas 7 hari makan ubat air pun dah kering dan kecut
Dan tertanggal dengan sendiri
tinggal parut
Gambar-gambar ubat untuk rawat penyakit kayap dari klinik.
Ubat makan
Ubat krim
Okey kawan-kawan kalau ada tanda-tanda macam kat atas tu pergilah klinik. Kalau ada pakar kampung rawatan tradisional pun boleh. Jangan tunggu lama nanti badan merana, ok sekian. Assalamualaikum.